Monday, 30 January 2012

Bungkusan mesti cantik

ISU pembungkusan kurang menarik punca produk Bumiputera sukar dipasarkan ke luar negara, tidak sepatutnya dipandang remeh kerana semua usahawan seharusnya menekankan aspek pembungkusan produk untuk persaingan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Ramai usahawan masih tidak tahu teknik pembungkusan yang mampu memberi impak terbaik.

Ikuti temubual wartawan Bisnes Metro, Sri Ayu Kartikawati Amri dengan Penceramah Pembungkusan, Pelabelan dan Pengendalian Makanan Institut Keusahawanan Negara (Insken), Abd Razak Abdul Rahim, yang ditemui di Kursus Teknik Pembungkusan Berkualiti anjuran Insken.

SEJAUH manakah keberkesanan teknik pembungkusan dan pelabelan dapat membantu produk usahawan untuk dipasarkan?
Secara umumnya produk usahawan terutama Bumiputera berkualiti, namun pembungkusan belum mencapai mutu dikehendaki. Teknik pembungkusan dan pelabelan makanan memainkan peranan sangat penting dalam pengeluaran produk makanan.

Paling penting, usahawan perlu mematuhi Akta Makanan 1983 kerana dengan adanya pengetahuan mengenai akta itu, ia boleh membawa produk mereka pergi sehingga peringkat antarabangsa berikutan semua yang termaktub di dalam akta berkenaan menepati kehendak pasaran tempatan dan global.


 Apakah langkah pertama yang perlu diambil usahawan jika mereka ingin mengeluarkan produk berasaskan makanan?

Kita lihat ramai usahawan Bumiputera terbabit dalam sektor berasaskan makanan, namun perkara utama adalah mempunyai asas perniagaan dan mengambil tahu mengenai aspek perundangan berkaitan.

Dengan adanya pengetahuan ini, usahawan dapat menghasilkan produk bermutu dan menepati standard diperlukan, sekali gus membolehkan mereka bersaing di semua peringkat pasaran.

Malah Akta Makanan 1983 mempunyai banyak maklumat yang perlu diketahui, terutama mengenai penggunaan pengawet, penstabil, pembungkusan, pelabelan, pengendalian makanan dan banyak lagi.

Bagaimana untuk memastikan usahawan mencapai tahap terbaik dalam pembungkusan, pelabelan serta pengendalian makanan?

Usahawan harus peka dengan perubahan yang sentiasa berlaku dan perlu banyak bertanya tanpa rasa malu dan bimbang. Mereka juga dinasihat mengikuti seminar, kursus dan bengkel anjuran kerajaan atau swasta.

Selain itu, usahawan perlu mengikuti sebanyak mungkin kursus berkaitan perniagaan makanan seperti kursus pembuatan makanan yang betul, teknik pembungkusan dan pelabelan, pengendalian makanan, kewangan, pemasaran dan kursus yang boleh membantu usahawan berjaya dalam industri makanan.

Pada penilaian saya, produk yang dihasilkan usahawan Bumiputera berkualiti, tetapi perlu dibaiki dari segi teknik pengeluaran, pembungkusan dan pelabelan. Masih ramai tidak mengetahui kewujudan Akta Makanan 1983 dan tidak tahu pihak mana perlu dihubungi jika ada masalah.

Jika usahawan mempunyai kemusykilan, mereka boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di Kementerian Kesihatan Malaysia atau layari www.insken.gov.my untuk maklumat kursus yang diadakan bagi membantu usahawan tempatan.

Bagaimana teknik pembungkusan, pelabelan dan pengendalian makanan yang betul secara amnya?

Teknik pembungkusan yang betul boleh memanjangkan jangka hayat produk. Teknik pelabelan perlu mempunyai semua maklumat diperlukan termasuk nama sebenar makanan, ramuan, alamat, berat bersih, tanda halal, tarikh tamat, fakta nutrisi dan kod bar.

Seterusnya, semua pengendali makanan diwajib mengikuti kursus asas pengendali makanan meliputi antaranya, penyakit bawaan air dan keracunan makanan.

orang dulu-dulu buat baulu

cara orang dulu-dulu

Sunday, 29 January 2012

pentingkah nilai pembungkusan dari sudut pemasaran

Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah zaman industri di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud menjadi satu bidang perdadangan yang penting

  
a) Fungsi

  1. Melindungi barangan dari segi fizikal
  2. Menjamin kualiti barangan
  3. Memudahkan kerja penghantaran, penyimpanan dan pameran barangan
  4. Menyampaikan maklumat barangan kepada pengguna
  5. Mengiklankan maklumat dan mempromosikan barangan
b) Ciri-ciri pembungkus  
    Hasil makanan:
  1. Keterangan tentang ramuan
  2. Jenama
  3. Gambar hasil
  4. Berat bersih kandungan
  5. Tarikh luput makanan
  6. Logo, nama,dan alamat syarikat atau pembuat hasil
  7. Harga barangan





Bukan makanan:
  1. Senarai bahan
  2. Keterangan tentang cara penggunaan dan pemeliharaannya
  3. Berat bersih kandungan
  4. Tarikh buatan dan tarikh luput (jika mengandungi bahan kimia)
  5. Jenama dan ilustrasi (jika perlu)
  6. Amaran jika bahan mengandungi racun
  7. Logo, nama syarikat dan alamat pembuat barangan

c) Jenis pembungkusan

  1. Barangan lembut atau serbuk
  2. Barangan keras
  3. Barangan cecair
  4. Barangan bantuk krim atau pelekat

d) Kriteria penting dalam pembungkusan

  1. Warna
  2. Ilustrasi
  3. Muka taip (tipografi)
  4. Penerangan
  5. Logo syarikat, nama dan alamat
  6. Bentuk bungkusan
  7. Reka letak
  8. Kemasan dan persembahan

sejarah kuih baulu

Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya- pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan.


Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.



Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi dan bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya